

TENTANG KAMI
SIAPA KAMI
BIN HASHIM EMPIRE RESOURCES telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah syarikat membuat produk minyak wangi berasaskan aura, kosmetik aura dan set lengkap pengurusan jenazah jenama KEMBALI. Pada masa ini, aktiviti lebih terarah kepada memasarkan set lengkap pengurusan jenazah di atas jenama Kembali ke seluruh NEGARA. Pemasaran set Kembali ini lebih tertumpu kepada sektor korporat disamping terdapat juga permintaan daripada orang perseorangan dan juga persatuan. BIN HASHIM EMPIRE RESOURCES diharap akan terus berkembang maju dengan bertambahnya aktiviti-aktiviti perniagaan pada masa akan datang seiring dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi
APA ITU SET JENAZAH "KEMBALI"
Produk kit kelengkapan jenazah Kembali ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah di Malaysia. Kajian yang dilakukan serta fakta yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati , purata kematian orang Islam di seluruh Malaysia adalah sekitar 70,000 orang setahun. Oleh yang demikian, kit kelengkapan jenazah Kembali ini amatlah diperlukan oleh komuniti orang Islam yang baligh dan berakal. Tidak perlu setiap orang membuatnya , tetapi sekiranya dilakukan oleh segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang lain. Produk ‘Kembali’ ini adalah merupakan sebuah produk kit kelengkapan pengurusan jenazah yang bertujuan untuk memudahkan proses pengurusan jenazah dan mengelakkan daripada berlakunya kelewatan dalam proses tersebut. Produk ini mengandungi 23 peralatan utama yang terdiri daripada peralatan dan bahan asas untuk pengurusan jenazah seorang Islam samada lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Rasional utama penghasilan produk ‘Kembali’ ini adalah untuk memenuhi keperluan dan tuntutan fardhu kifayah yang sebelum ini dipandang ringan. Dengan adanya produk ini dipasaran, urusan pengurusan jenazah di Malaysia ini akan menjadi lebih teratur, kemas serta mudah dan sempurna.
SIAPA YANG PERLUKAN SET LENGKAP INI???
1) MASJID
2) PUSAT TAHFIZ
3) SEKOLAH
4) RUMAH ANAK YATIM
5) INDIVIDU
6) PROGRAM INFAQ
​
"PROGRAM 1 RUMAH, 1 KEMBALI"
​